ISU & KONTROVERSI

Kepala Suami Di Hentak Lesung Batu Oleh Isteri Gara-Gara Enggan Beli Baju...

loading...
Foto Hiasan
Kepala Suami Di Hentak Lesung Batu Oleh Isteri Gara-Gara Enggan Beli Baju Raya. Akibat terlalu dipengaruhi sifat amarah yang tidak terkawal walaupun hanya berpunca Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir, katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada masyarakat diluar sana supaya sentiasa mengawal dan menguruskan emosi dengan baik bagi mengelakkan kejadian yang memalukan seperti ini berlaku.



About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close