SEMASA

Isteri Bersalin Bagai Nak Mati, Suami Sibuk Penuhkan Nafsu Di Luar

loading...

Tadi saya terjumpa seorang kakak melintas jalan besar dengan membawa enam orang anak kecilnya. 

"Nak ke mana mereka ni?" 

Saya nampak mereka menyeberangi jalan besar itu untuk ke klinik. Ada anaknya yang tidak memakai selipar dan nampak sangat selekeh. 

Ya Allah, bahayanya. Sebak bila melihat ada orang yang hidup mereka dalam keadaan susah sebegitu. Ya Allah, selamatkanlah dan mudahkan rezeki buat wanita itu dan anak-anaknya. 

Terus teringat masalah dalam inbox Facebook saya yang begitu banyak. Ketika isteri sedang mendukung anak dengan kedua tangannya, dengan linangan air mata dan peluk, bengkak, terseliuh, luka berdarah dalam menguruskan anak-anak. Isteri usung perut ke sana sini dan bila bersalin bagai separuh mati bertarung nyawa. 

Suami pula mengkhianati kepercayaan dan kebaikan isteri. Suami di luar sibuk memenuhkan nafsu yang tidak pernah puas. Kemudian menyalahkan isteri tak masak, tak kemas rumah, tak cantik dan menyebabkan mereka tidak mahu melayan wanita yang mereka kahwini itu. 

Lebih sedih lagi bila orang lelaki bercerita tentang wanita lain yang dikatanya cantik. Lebih malang lagi bila tengok sukan wanita yang tidak berpakaian sempurna seperti acara renang. Mana sifat malu? Sedangkan malu itu adalah cabang dari iman. Lebih malang bila ada yang mengadu suami menonton video yang memalukan untuk keseronokan, sedangkan ada isteri yang halal dan sempurna. 

Setiap hari mereka saja-saja mahu menyakat isteri, kata nak perempuan sana sini, puji wanita lain secara berlebihan berbanding isteri sendiri. Hari-hari buat gurauan yang memedihkan hati isteri. Like gambar wanita seksi di media sosial, yang bukan saudara kita. Muat naik gambar wanita cantik dalam group WhatsApp dengan kapsyen yang tak baik. 

Mereka juga adalah manusia, yang mana hati mereka juga perlu dijaga seperti mana hati kita yang lelaki perlu dijaga. 

Sekiranya isteri kita boleh berusaha separuh mati, bahkan mati berkali-kali demi kesetiaan suami dan kerana Allah, takkan kita tak boleh berusaha menjaga hati mereka dan berjanji memimpin tangan mereka sehingga melangkah masuk ke syurga?

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close