loading...
SHAH ALAM – Isu berkaitan wanita berpurdah namun masih‘selfie’ dan memuat naik gambar di media sosial menjadi perbualan hangat sebelum ini.
Pelbagai pandangan diberikan oleh orang ramai dan tidak kurang yang mengkritik tindakan tersebut namun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengakui sedih melihat suasana itu.
“Saya sedih sangat apabila tengok orang marah atau mengata orang berniqab atau berpurdah muat naik gambar di Facebook dan kata mereka tak ikhlas dan pelbagai kecaman.
“Saya cuma kata ALLAH sayang kita semua. ALLAH sayang kita semua. Kitakan sebuah keluarga,” katanya melalui kemas kini status di Facebook.
Mengulas lanjut, Ustaz Ebit menyifatkan keikhlasan seseorang itu urusan ALLAH SWT.
“Zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat semasa perang bunuh seorang musuh Islam walau dia telah mengucap syahadah. Dia kata orang itu tak ikhlas. Rasulullah SAW tegur sahabat tadi dan kata ‘adakah kamu telah belah dada dia dan tahu dia ikhlas atau tidak?
“Ikhlas ini urusan ALLAH seperti semut hitam berjalan atas batu yang gelap pada waktu malam yang gelap gelita. Jangan pernah periksa ikhlas orang. Saidina Umar RA sendiri jumpa Huzaifah RA pemegang nama orang munafik.
"Katanya, ‘aku nak tanya nama aku ada tak dalam senarai orang munafik?’. Orang yang dekat dengan ALLAH risaukan dirinya,” ceritanya.ARTIKEL MENARIK:- Astaghfirullahala'zim!! Tahukah Anda? Inilah Perkara Yang Disembunyikan Yahudi Dari Pengetahuan Umat Islam Pasti Buat Anda Terkejut
Beliau akui merasa teramat gembira melihat suasana remaja dan anak muda perempuan berpakaian menutup aurat sempurna atau berpurdah.
“Biarlah mereka bergembira dan berhias mengikut syariat. Doakanlah yang baik-baik untuk semua orang. Tahniah dan teruskan ALLAH sayang kamu semua.
“Dalam keadaan dunia mencabar hari ini, saya hormat pada sesiapa (yang) berjaya menjaga perintah ALLAH. Dalam keadaan ramai mak ayah risau anak mereka tak menutup aurat, syukur budaya ini menjadi umum hari ini. Terima kasih ALLAH,” katanya.
Beliau juga sempat menasihati umat Islam agar tidak memandang rendah atau hina pada orang yang tidak menutup aurat.
“Itu pun salah. Kita tak suka maksiat tapi kita sayang mereka kerana ALLAH. Kita nak semua orang dimaafkan dan masuk Syurga. Semua orang buat silap tapi yang terbaik adalah yang minta ampun...kita doakan yang baik-baik buat semua.
“Janganlah memurkai kesalahan orang lain seolah-olah kita tak pernah buat salah. Kita tengok orang solat tapi tak menutup aurat. Hargai solat mereka. Gembira tengok mereka solat.
"Kemudian bantulah mereka menutup aurat. Tengok orang suka tolong orang susah tapi belum solat. Hargai mereka. Doakan mereka. Bantu mereka supaya dapat solat.
“Jangan memandang rendah pada mana-mana kebaikan atau keburukan sebab kita tak tahu mana yang menyebabkan ALLAH sayang atau murka dengan kita. Kita semua belum tahu nasib kita nanti,” katanya.