loading...
PELAKON dan penyanyi, Aisya Hasnaa, mendedahkan kematian abangnya pada 6 April lalu membuka pintu hatinya untuk berhijrah seterusnya menjadi muslimah lebih baik.
Aisya atau nama sebenarnya Aisyah Hasnaa Umaruddin, 25, berkata dia memutuskan untuk bertudung litup sehari selepas abangnya, Adam Emir meninggal dunia. AISYA bersama Amir Nafis. "Perasaan ingin berhijrah timbul dengan begitu pantas sekali.
Ia terjadi selepas abang saya meninggal dunia. Apabila melihat dirinya dikebumikan, saya lihat kehidupan ini sebenarnya begitu pendek dan masa pula sangat pantas berlalu. "Dan, sudah tiba masanya untuk saya memperbaiki diri selain mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.
"Walaupun perubahan imej ini sekelip mata, saya mendapat sokongan keluarga, adik-beradik dan rakan. Syukur Alhamdulillah," katanya. Kata Aisya juga, gara-gara penghijrahannya, dia terpaksa 'memejam mata' dan membatalkan beberapa kontrak lakonan yang sudah diterima sebelum ini.
KEBANYAKAN produksi gembira dengan penghijrahan Aisya dan terbuka untuk memberikan watak sesuai pada masa akan datang. - Foto Instagram Aisya juga tidak menyangka apabila segala urusan pembatalan kontrak berkenaan bersama pihak produksi berlangsung dengan mudah kerana masing-masing memahami situasi dilaluinya.
"Sebelum ini, saya sudah membincangkan perkara terbabit bersama pengurus, bagi membolehkannya mengadakan perbincangan dengan pihak produksi mengenai imej baharu saya. Apatah lagi, kebanyakan tawaran diterima adalah watak antagonis.
Jadi saya lihat ia seperti tidak sesuai dengan imej saya sekarang. "Alhamdulillah, kebanyakan mereka (produksi) gembira dengan penghijrahan saya dan terbuka untuk memberikan saya watak sesuai pada masa akan datang.
"Bagaimanapun, saya akan tetap teruskan kerjaya lakonan seperti biasa. Saya percaya rezeki itu di tangan Allah," ujarnya. Ditanya pula mengenai soal hati, kata Aisya, dia kini rapat dengan pengarah yang juga pelakon, Amir Nafis. Percintaan mereka sudah pun setahun terjalin.
AISYA memutuskan untuk bertudung litup sehari selepas abangnya itu meninggal dunia. - Foto Mahzir Mat Isa "Kami mula berkenalan ketika menjalani penggambaran program Lari dan Amir ialah pengarahnya ketika itu.
Masing-masing menunjukkan minat antara satu sama lain dan kami berkenalan dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, hubungan ini sudah berlangsung selama setahun. "Insya-Allah, semoga jodoh ini kuat dan pada masa sama kami dapat membantu antara satu sama lain dalam kerjaya seni," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran drama Percayalah untuk RTM dan Ketupat Palas Mr Handsome (TV3). PELAKON dan penyanyi, Aisya Hasnaa.
Aisya terpaksa 'memejam mata' dan membatalkan beberapa kontrak lakonan yang sudah diterima sebelum ini.


