ISU & KONTROVERSI

Ayat-Ayat Sayu Dalam Sekeping Nota Bersama Mayat Bayi Mengejutkan AJK Masjid

loading...


Ayat-Ayat Dalam Sekeping Nota Bersama Mayat Bayi Mengejutkan AJK Masjid. Gempar apabila Mayat bayi lelaki masih bertali pusat bersama sekeping nota dijumpai di Masjid Jamek Baru Gopeng, di sini, jam 10.15 malam tadi.

Pengerusi masjid, Azizuddin Shah berkata, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh seorang jemaah selepas selesai solat terawih.

 Katanya, mayat bayi itu ditemui di atas penapis air dalam keadaan dibaluti dengan kain batik berwarna merah dan dimasukkan dalam beg plastik.

Menurutnya, jemaah itu pada mulanya tidak menyangka terdapat mayat bayi di dalam beg plastik itu sebelum menemui sekeping nota bertulis 'Assalamualaikum, Minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.


    "Mayat bayi itu dibalut dengan kain batik dan kami menemui nota yang diselitkan di dalam plastik berkenaan meminta kami menguruskan jenazah bayi itu.

    "Saya kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada masyarakat bahawa hargai nyawa insan yang telah dianugerahkan Ilahi, jangan sesekali membuangkannya, kalau rasa tak mampu untuk membela, boleh serah kepada pihak berwajib untuk menjaganya.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close