loading...
Makhluk halus kebiasaanya satu bentuk kejadian yang merujuk kepada Jin dan Iblis. Ia juga merupakan makhluk tuhan yang tak mampu dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Namun kadang-kadang ada juga manusia yang diberi kelebihan Oleh Allah Azza Wajalla dibuka hijab untuk melihat makhluk tersebut.
Baru-baru ini, Pelakon Norman Hakim telah mendedahkan bahawa anak sulungnya berupaya untuk melihat makhluk halus. Ikuti perkongsian Norman Hakim tentang pengalaman menarik mengenai anak sulungnya dibuka hijab melihat makhluk halus di Instagram.
"Biar betul ...?"
Menurut status Norman di Instagram nya, anak sulungnya itu bagaikan mendapat "anugerah" atau "dibuka hijab" untuk melihat dan merasai kehadiran makhluk halus. Anaknya juga pernah berbual dengan "mereka" dan memanggil nama abang dan kakak.
Tambahnya lagi, anak sulungnya dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Muhammad Danish Hakim semasa umur sebaya Darwisz juga pernah mengalami kejadian serupa.
Antara lain, komen-komen daripada followers Norman Hakim turut menceritakan pengalaman mereka tersendiri;
Namun begitu, kejadian mistik dan kewujudan makhluk halus sememangnya wujud dan sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran tentang kewujudan syaitan. Maka sebagai orang Islam kita wajib percaya.
SUMBER; ohmelodi



