loading...
Yang Kita Tidak Mahu Lihat Akibat Dari Warga Bangladesh Memenuhi Malaysia | Kehadiran seramai 1.5 juta pekerja warganegara Bangladesh yang dicadangkan untuk dibawa masuk ke negara ini dijangka akan memberi kesan besar kepada aspek budaya di Malaysia.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain, walaupun kehadiran pekerja asing itu memberi kesan positif dari sudut ekonomi Negara, namun kesannya kepada masyarakat di Negara ini juga perlu dititikberatkan.
“Soal budaya ini isu utama. Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani ditambah lagi dengan budaya luar yang ada kalanya mewujudkan ketidakfahaman dalam masyarakat.
“Bila tidak ada kesefahaman, akan wujud salah faham dan pertengkaran yang akhirnya akan mewujudkan perkara yang lebih memudaratkan seperti soal keselamatan, jenayah dan sebagainya,” katanya.
Dalam soal budaya ini, impak negatif dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia akan dapat dilihat dengan lebih jelas daripada kesan positif.
“Kebiasaannya akan wujud isu bertentangan dengan apa yang dirasakan masyarakat kita dengan golongan ini contohnya sesuatu yang bukan amalan kita, pada mereka ini perkara normal tetapi pada perspektif masyarakat kita. Meskipun ia hanya perkara kecil, akhirnya boleh menjadi besar,” tambahnya lagi.