ISU & KONTROVERSI

Video Dan Gambar Lumba Bawa Maut

loading...
lop
Video Dan Gambar Lumba Bawa Maut|Miri, 9 Mei- Perlumbaan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada peserta maut dalam perlumbaan itu semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata Wong Teck King, 37, maut serta-merta akibat tercampak keluar dari kereta yang dipandunya semasa perlumbaan yang berlangsung pada 1.40 tengah hari itu.
“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Junaidi berkata, mangsa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.
“Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya.-
Video Player
00:00
00:17

Gambar sekitar kemalangan.

13138813_483446558515952_8613714452637025083_n

13164325_483446578515950_9018108309044089461_n

13151876_483446625182612_7632014789363226221_n

13174189_483446538515954_2100190660824552252_n


13177959_483446485182626_7756736973551206931_n (1)

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close