ISU & KONTROVERSI

Terima Kasih Memanggil Saya “Melayu Anjing”

loading...

kio
Terima Kasih Memanggil Saya “Melayu Anjing”|Tidak diketahui dengan jelas punca seorang lelaki tua dan juga anaknya yang menaiki kereta jenis Honda Accord MCB telah melontarkan kata kata kesat (melayu anjing) kepada seorang perempuan bernama yana razyana di  restaurant ketika beliau membei sarapan.
Untuk anda yang ingin mengetahui kisahnya berikut kongsian yana razyana yang dikongsikan beliau di laman facebooknya
Terima kasih memanggil saya “Melayu Anjing”
Pagi tadi lbih kurang jam 9 pagi saya telah pergi ke sebuah restaurant untuk membeli sarapan…selesai membayar saya menuju ke kereta utk pergi ke tempat kerja…setelah masuk ke dalam kereta, datang sebuah Honda Accord MCB 969 parking di sebelah saya. Keluar sorang pak cik tua dalam lingkungan 60 an bersama anak perempuan nya.
Tiba2 saya terasa kereta saya seperti bergegar ketika anak perempuan si tua membuka pintu kereta. Tanpa berkata apa2 saya cuma membuka tingkap dan melihat kereta saya. Rupanya si tua tu tidak berpuas hati dan terus menyergah saya “apa pandang2”.
Sayapun mula keluar dari kereta dan menyatakan yg saya nak lihat kereta saya. Saya beritahu si tua yg anak nya membuka pintu kereta dan bergesel dgn kereta saya…si tua terus naik angin dan memaki saya “ni melayu Anjing, baru naik Estima dah berlagak, esok kau mampus tak kan boleh bawak ke kubur”. Sayapun terus menjawab kenapa encik ckp mcm ni….sepatutnya saya yg patut marah sebab kereta saya yg bercalar.
Bukannya encik nak minta maaf sbb calarkan kereta saya ni encik pulak yg memaki saya”…si anak pulak terus nenyumpah saya kerana bersikap kurang ajar dgn bapa nya bila saya berani menjawab pada bapanya. Si tua pula terus meluru ke arah saya dan menyoal “kau nak apa” berulang2 kali.
Bayangkan sedih betul saya tgok keadaan si tua tu…di saat rumah kata pergi, kubur kata mari. ..si tua tu masih berupaya utk memaki dan “menganjingkan”saya. Saya betul2 x kisah kalau yg berkelakuan mcm tu org yg muda tapi terkilan betul dgn sikap si tua yg bersikap sungguh biadap. Mungkin dia ingat saya ni seorang perempuan, so dgn rasa bangga dia memaki saya.
Setakat calarkan kereta saya memang saya x kisah pun dan x terfikir langsung utk dapatkan ganti rugi cuma saya sungguh hairan dan terkejut…si tua yg seusia ayah saya sungguh bijak memaki dan menutup kesalahan anaknya mengesel kereta saya dgn cara menyerang dan menyergah saya.
Kepada si tua owner Honda Accord MCB 969….saya doakan moga encik di beri hidayah Allah….sepatutnya encik menjadi contoh yg baik buat anak, cucu, cirit dan keturunan yg akan datang tetapi malangnyer dan kasihannyer la keturunan encik sebab punyai bapa, datuk dan moyang yg hebat dan bangga untuk memaki orang lain.
Minta maaf sgt2 ye encik yg tua kerana terpaksa bersikap berani dan berkata agak kasar setelah encik memaki saya. Saya tak akan simply mengeluarkan kata2 kesat pada sesiapa terutamanya orang tua kerana saya seorang yg terpelajar dan didikan agama ibubapa saya juga cukup utk saya menghindari sikap buruk seperti encik.
Seperti biasa juga si anak perempuannya telah mengambil gambar kereta saya. Mungkin utk di viral kan kuttt..Anyway saya tak pernah takut dan saya ucapkan selamat berjaya.
Kepada sesiapa yg mengenali si tua dan anak perempuannya yg telah memaki dan “menganjingkan”saya moga dapat memberi sedikit nasihat agar dapat di jadi kan bekalan di alam barzakh nanti. Moga si tua ini di beri peluang dan ruang keinsafan.Yana Razyana

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close