ISU & KONTROVERSI

'25 Tahun Pakcik Berpura-pura Menjadi Buta'

loading...


Ada sepasang suami isteri di mana isterinya adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain. 

Tidak lama kemudian, si isteri dijangkiti penyakit kulit mengakibatkan kulit mukanya rosak teruk. Pada saat itu, suaminya berada di luar negara. Dalam perjalanan pulang, suaminya kemalangan yang mengakibatkannya menjadi buta.

Dari hari ke hari, isteri yang pada mulanya cantik seperti bibadari berubah menjadi wanita yang sangat hodoh. Namun suaminya tidak dapat melihat. Mereka melalui kehidupan seperti biasa dengan penuh kasih sayang.

Selepas 25 tahun, si isteri meninggal dunia. Si suami sangat sedih sekali. Selesai pengebumian, ada seorang pemuda menegurnya. 

"Pakcik buta, bagaimana pakcik mahu pulang sendiri?" soalnya. 

"Perlu kamu tahu bahawa selama 25 tahun ini sebenarnya saya tak buta. Saya lakukan semua itu agar tiada air mata dan kesedihan pada isteri. Saya tahu wajahnya sangat menakutkan tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintainya," kata pakcik itu. 


Ingatlah bahawa kecantikan hanyalah pinjaman dari Illahi. Cinta kerana Allah, paras rupa tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah agama. Mohon terasa pada orang yang memilih sangat pasangan hidupnya berdasarkan paras rupa. Ingat, Allah kalau nak tarik, sekejap sahaja.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close