SEMASA

'Manalah Tahu Ini Kali Terakhir Abang Jumpa Dengan Ayang & Baby...

loading...


Saya sekarang sedang sarat mengandung anak pertama. Usia kandungan sudah 8 bulan lebih. InshaAllah due mungkin raya kelak.

Saya seorang kakitangan awam, tinggal berasingan dengan suami sebab masing-masing bekerja. Berjumpa hanya sebulan atau paling kerap 2 minggu sekali sahaja. Alhamdulillah, sepanjang perkahwinan suami sangat mengambil berat tentang saya dan rumah tangga walaupun jarang berjumpa. Tambahan pula kerap sms ketika saya mengandung.

Semua yang saya idamkan, dia akan cuba dapatkan. Sampaikan pernah sekali dia sanggup pergi ke Kelantan kerana saya mengidam kuih akok. 

Suami saya memang teruja sangat menyediakan barang baby sedah sudah menanti saat ini selama tiga tahun. Dari pakaian, tilam dan alatan lain semua suami yang sediakan. Nama baby pun dia yang carikan. 

Saya dan suami berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Tanpa majlis bertunang, kami terus disatukan. Walaupun perkahwinan tanpa cinta, tetapi saya sangat bahagia bergelar sebagai isterinya. Cinta selepas bernikah itu nyata lebih indah. 

Tetapi Allah telah mengaturkan sebaik-baik perancangan. Suami dijemput menghadap illahi pada malam Jumaat selepas dia hantar sms memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke rumah saya. Sebaknya, hanya Allah yang mengetahui.

Suami terlibat dalam kemalangan jalan raya, arwah pada hari kejadian mengambil cuti pada hari Jumaat kerana dia mahu berjumpa dengan saya dan baby, terlalu rindu katanya dalam nada bergurau. Dia sempat belikan saya buah durian kerana saya mengidam buah durian.

"Abang dalam perjalanan balik ke rumah ayang ni. Rindu sangat nak jumpa ayang dengan baby. Takut tak sempat nak jumpa dah lain kali. Manalah tahu ini kali terakhir abang berjumpa dengan ayang," katanya.

Saya menerima takdir ini, ajal maut di tangan Allah. Cuma saya agak sedih kerana arwah tidak sempat melihat saat-saat zuriat kami dilahirkan nanti. Walhal arwah selalu berkata yang dia tidak sabar nak menunggu saat-saat itu. 

Sepanjang perkahwinan kami, arwah tidak pernah meninggikan suara pada saya walaupun saya selalu menyakitkan hati dia. Dia selalu mengingatkan saya tentang solat, kewajipan seorang isteri dan sebagai seorang anak. Arwah juga selalu membantu saya membuat kerja rumah. Dia tidak pandai memasak tetapi kalau bab mengemas rumah, mencuci pinggan dan baju, memang dia yang selalu buatkan. Alhamdulillah, dia memang suami yang sangat baik. 

Dari segi nafkah pun dia tidak pernah abaikan walaupun saya bekerjaya dan dia tetap akan beri juga walaupun saya kata tak payah, duit masih ada. Suami juga tempat saya mengadu. Kalau ada apa-apa masalah, dia tidak cepat melenting, tetapi dia akan memujuk saya dan berkata,

"Jangan terlalu ikutkan amarah tu. Fikir baik-baik," katanya.

Tetapi itu semua sudah tinggal sebagai kenangan. Yang paling membuatkan saya teringat pada arwah, bila teringat pada ketam masak lemak. Itulah makanan terakhir yang arwah minta saya masakan untuk dia. Tetapi arwah tidak sempat nak rasa. 

Mohon doakan saya dan baby dalam kandungan ini tabah dan selamat sampailah ke saat melahirkan. Buat arwah suami tersayang, hanya doa yang mampu saya kirimkan dan inshaAllah saya akan menjaga zuriat kami sebaik mungkin. Terima kasih untuk semua kasih sayang yang abang telah berikan sepanjang kita bersama. 

Al-fatihah buat suamiku. Moga tergolong dalam kalangan orang ber'iman. 

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close