loading...
Australia, 22 Mei - Selepas membelanjakan US$4.6 juta (RM18.75 juta) untuk beg tangan dan barangan berjenama dalam masa 11 bulan, pelajar Malaysia yang belajar di Australia memberi penjelasan mengenai tindakannya itu ketika ditanya oleh pihak pengurus bank tersebut.
Pelajar yang berusia 21 tahun itu menerima panggilan telefon pada 8 April tahun lepas dari bank Wespac yang telah membekukan akaunnya setelah mengetahui bank itu tersalah memberi overdraf tanpa had ke akaun pelajar tersebut.
Ketika ditanya mengapa keluarkan wang yang banyak US4.6 juta (RM18.75 juta) pelajar itu menjawab dia menyangka ibu bapanya yang memasukkan duit tersebut ke akaunya.
"Saya beli pakaian, kasut dan banyak beg tangan.. Mereka semua di rumah saya di Rhodes", katanya sambil menambah dia kini hanya mempunyai wang $4,000 (RM12,000) ditangan.
"Ibu saya akan datang melawat pada Jun dan akan memberi cek bank
"Saya sudah memberitahu ibu bapa saya tentang perkara ini dan mereka tidak gembira dengan saya', katanya yang dipetik dari transkrip perbualan dalam panggilan telefon itu.-Siakapkeli.my
Baca : Dia tak ambil, Bank yang bagi
Sumber : smh.com.au