ISU & KONTROVERSI

OMG..!! Isteri Dalam Pantang Dibelasah Suami

loading...
KUCHING - Tergamak seorang lelaki membelasah isterinya sendiri yang baru dua bulan melahirkan zuriat mereka selepas dinasihatkan mencari kerja, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi di sebuah kampung di Jalan Astana, mangsa, 23, menegur suaminya agar keluar mencari pekerjaan. Jika suaminya terus tidak bekerja, mereka tidak akan mempunyai wang untuk membeli makanan. 

Berang dengan teguran itu, lelaki terbabit bertindak membelasah mangsa seperti orang gila sehingga rebah.

Mangsa yang masih dalam pantang itu ditumbuk dan ditendang di bahagian perut menyebabkannya hampir pengsan. Kejadian itu disedari oleh jiran mereka yang terus bertindak menghubungi polis.

Menyedari kehadiran polis, lelaki terbabit terus melarikan diri.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Lapor Utusan Borneo, pasangan terbabit mempunyai dua orang anak yang berusia setahun dan dua bulan

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close