SEMASA

Facebook Buka Pejabat di Malaysia, Sifatkan Malaysia Antara 'Pemimpin' di Asia Tenggara

loading...


KUALA LUMPUR: Hari ini, Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary mengumumkan pembukaan pejabat cawangan Facebook di Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Dan di akaun Facebooknya.

"Saya teruja untuk berkongsi bahawa Facebook baru sahaja membuka sebuah pejabat di Malaysia.

"Misi kami adalah untuk memberi pengguna kuasa untuk berkongsi dan menjadikan dunia lebih terbuka dan lebih terhubung - dan 18 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setiap bulan. Itu adalah angka lebih 81 peratus dari semua orang di Internet(di Malaysia).

Selain itu, Dan juga berkongsi tentang kejayaan syarikat Zawara yang menggunakan platform Facebook untuk menaikkan bisnes mereka dan memuji pencapaian syarikat tersebut.

Menurut Dan juga, Malaysia antara pemimpin dalam dunia digital dan inovasi di rantau ini.

"Malaysia adalah antara pemimpin dalam penggunaan digital dan inovasi di seluruh Asia Tenggara.

"Tidak kira dalam kemasukan mudah alih atau masa yang digunakan pada telefon pintar, rakyat Malaysia mengetuai perubahan di rantau ini dan transformasi digital telah memberi impak positif kedua-dua pengguna dan perniagaan.

"Ini adalah masa yang mengujakan untuk Facebook dan Malaysia. Kami mengalu-alukan lebih banyak perhubungan dengan perniagaan di masa akan datang, dan peluang untuk terus berkembang bersama-sama", kata Dan

Selain itu, turut difahamkan pihak Facebook turut memanggil pihak media untuk satu majlis khas esok.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close