TIPS

Mohon Bantu Share Ya!! Petua Untuk Dapat Anak Perempuan Atau Lelaki

loading...


Mohon Bantu Share Ya!! Petua Untuk Dapat Anak Perempuan Atau Lelaki




Tips Atau Cara Untuk Dapat Anak Perempuan

Artikel ini ditulis oleh Nursalwa, semoga bermanfaat.

Anak adalah rezeki dari Allah SWT.. Pasangan yang berkahwin mesti ternanti-nanti untuk memiliki zuriat sendiri.. Buah cinta yang sangat berharga.. 


Alhamdulillah.. 5 tahun usia perkahwinan kami dikurniakan 3 orang buah cinta.. dua lelaki seorang perempuan. Mohammad Ziqri 5 tahun, Mohammad Muqri 3 tahun dan yang terbaru Nur Qisya 2 bulan.. 

Memiliki dua orang anak lelaki, saya mengharapkan seorang anak perempuan. Mengambil keputusan untuk hamil kali ketiga. Malah memang saya merancang untuk memiliki tiga orang anak sebelum umur saya 30 tahun... Ziqri lahir pada tahun 2010, Muqri tahun 2012. Beza dua tahun.. Jadi untuk anak ketiga pun kami rancang untuk jarakkan dua tahun. 

Alhamdulillah Allah izinkan.. saya hamil dan bersalin anak ketiga pada tahun 2014 dan sebelum umur saya 30 tahun saya sudah mempunyai 3 orang anak.. Tahun 2015 ini saya 30 tahun tau.. hihi sila percaya yea Puan Nur Salwa

Alhamdulillah anak ketiga kami perempuan.. Ramai yang tanya, apa tips dapat anak perempuan? Ada tips ke? kongsilah tips untuk dapat anak perempuan tue..

Pertama sekali, syukur  Allah beri kami anak perempuan.. Beberapa tips yang akan saya kongsikan untuk dapat anak perempuan ini adalah salah satu usaha dan ikhtiar saya.. Selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.. Bila suami luluskan permohonan untuk saya hamil lagi, kami pun mula la google info atau tips-tips untuk dapat anak perempuan.. 

Saya kongsikan beberapa tips untuk dapat anak perempuan yang saya jumpa dari en.google yea.. 

Tips untuk dapat anak perempuan yang pertama adalah PEMAKANAN.. Makanan berlaut / seafood adalah tidak digalakkan. Digalakkan untuk mengambil makanan berasid seperti asam, limau dan nenas.. Amalkan memakan sayuran hijau bayam, brokoli. makanan yang kaya dengan lemak, makanan yang dibuat daripada produk tenusu 

->> saya tidak ambil pun asam-asam, nenas, limau atau apa-apa makanan masa.. untuk hilangkan loya tekak, saya hanya kunyah chewable vitamin C sahaja

--> saya makan juga seafood tapi tidaklah kerap

Tips untuk dapat anak perempuan yang kedua adalah MENGETAHUI WAKTU SUBUR ISTERI. Sperma X bergerak dengan lebih perlahan berbandiing sperma Y tetapi jangka hayatnya lebih panjang, iaitu boleh hidup lebih daripada 24jam. Sebab itu hubungan seks digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24jam sebelum ovulasi. Peluang untuk anak perempuan lebih tinggi. Kita digalakkan mengadakan hubungan seks 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki yang mempunya jumlah sperma yang rendah cenderung untuk mendapatkan anak perempuan. 

->> period saya tetap setiap bulan.. tapi saya kurang mahir untuk mengira waktu subur.. tapi seminggu sebelum tarikh period, kami berusaha lebih sikit.. itu yang saya faham.

Tips untuk dapat anak perempuan yang ketiga adalah TEKNIK HUBUNGAN INTIM. Teknik tradisi semasa mengadakan hubungan. Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis suami lebih jauh daripada serviks dan jarak perjalanan yang lebih panjang membenarkan sperma X yang mempunyai hayat lebih panjang boleh bertahan lebih lama untuk mencapai telur. Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu petang.

->> Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.

Tips untuk dapat anak perempuan yang keempat adalah TAHAP KEPUASAN ISTERI DICAPAI DAHULU SEBELUM SUAMIisteri tidak perlu mendapatkan kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yg boleh merangsang pergerakan sperma X.

->> saya, no komen hihihi

Tips untuk dapat anak perempuan yang kelima adalah ikut JADUAL KUNO CINA.. haa ini memang kami ikut.. bukan mempercayainya 100% tetapi sebagai panduan sahaja pada waktu bila kami perlu kerja lebih gigih hihi


Macamanaer nak baca jadual Kuno Cina nie..

Ini cara atau pemahaman saya dan suami baca jadual Kuno Cina. Merancang untuk hamil..

saya nak baby girl pada tahun 2014
umur saya 29 tahun pada tahun 2014 
peluang saya untuk dapat baby girl adalah pada bulan Januari, Mac, April, Oktober, November dan Disember..

Saya bercadang untuk dapat baby girl pada bulan oktober.. so 9 bulan sebelum Oktober iaitu antara bulan Januari dan Februari kami kena berkerja keras (persenyawaan)

->> umur saya 25 tahun, bersalin anak pertama bulan Mac = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 27 tahun, bersalin anak kedua bulan Oktober = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 29 tahun, bersalin anak ketiga bulan Oktober = Perempuan.. (Betul)

Dan ini pula cara baca jadual Kuno Cina yang saya google.. Sudah hamil..

Umur saya 29 tahun pada tahun 2014 dan kandungan bakal lahir bulan Oktober.. Bermakna persenyawaan berlaku pada bulan Januari.
Lihar carta : Umur 29 tahun bulan Januari = Perempuan. (Betul) 

Kebetulan? entahlah.. tapi apapun terpulang kepada individu.. kami tidak percaya 100% tapi kami jadikan jadual ini sebagai panduan. Ingat yea.. kita hanya merancang.. kita berikhtiar, Allah juga yang menentukan. Lelaki atau perempuan anak yang kita dapat, ia tetap rezki dari Allah. Asalkan anak itu sihat, cukup sifat bersyukur sangat.. Sebab ada sahaja pasanagan suami isteri yang tidak boleh melahirkan anak.


Selain dari tips-tips di atas, saya amalkan juga membaca surah Maryam lebih kerap.. Surah-surah lain yang bagus diamalkan ketika mengandung juga saya  baca..

Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Yusuf - Untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman - Untuk anak yang cerdik
Surah Yassin - Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Al-Hujurat - Untuk membanyakkan susu ibu
Surah Maryam - Untuk memudahkan bersalin 

Alhamdulillah..

Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Nur Salwa Ishak

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com

PETUA KE-2

PETUA UTK DAPAT ANAK LELAKI & PEREMPUAN

1. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus
2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
3. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
ii. Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.
4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus,
dibawakan oleh ---> Aishah Amidi Garage

Petua ke-3

{::}Untuk dapat anak perempuan

{::}Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

{::}doa-anak-perempuan

{::}Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”
Untuk dapat anak lelaki

{::}Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

{::}doa-anak-lelaki

{::}Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

{::}Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan atau lelaki.

Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.

Mohon bantu share ya...

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close