loading...
MESTI BACA !!! 'Dia Pernah Melamar Ustazah, Tetapi Kena Reject'
%Esok walimah ex housemate saya. Dulu dia pernah melamar seorang ustazah ini, tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan sahabat saya ini 'Orang Dunia'. Dia engineer, jadi ustazah itu kata kena sekufu agama padahal sahabat saya orang Islam.
Di@ tidak tahu yang sahabat saya seorang yang sangat-sangat menjaga amalnya. Tahajjud jaga, solat wajib jemaah sangat dijaga. Hari-hari kami buat taklim hadith dan fadhilat amal di rumah.
/Dan kini, isteri dia seorang peguam + hafizah al-quran, lagi warak, lagi hebat. Dunia akhirat ada.
*Allah tahu apa yang terbaik, bezanya sahabat saya tidak menunjuk-nunjuk amalannya di Facebook. Sebab itulah orang tak nampak dia alim sebab tak update status tengah ibadat atau lepak dengan ulama.
$oleh itu milik semua. Tidak semestinya mengaji agama itu orang soleh, ianya pada amalan seseorang itu walaupun sikit ilmu agamanya tetapi dia beramal sepenuhnya dengan ilmu-ilmu itu.
S@ya tak bash ustazah itu atau apa-apa sebab jodoh milik Allah. Cuma nak berkongsi cerita, jangan menilai orang dari luaran sahaja dan diulangi sekali lagi saya tak bash ustazah itu.
Allah Maha Adil, sya kongsikan untuk sama-sama mengambil ibroh, luaran bukan segala-galanya dan saya tidak mention siapa tuan badannya. - Mohd Nor Hafiz Suratman | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM