HIBURAN

Sarapan Pagi Bersama Keluarga Tercinta.

loading...
Ada pelbagai cara untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Ada yang pergi bercuti bersama-sama, pergi mandi swimming pool, pergi tengok wayang dan macam-macam lagilah. Selalu aktiviti sebegini dilakukan pada hujung minggu. Iyerlah, Isnin sampai Jumaat masing-masing kerja kan. Hari Sabtu dan Ahad je lah yang tinggal untuk kita luangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak.
 photo mcd1.png
3 bulan lepas Abang Nara bawak Aariz & Arissa pergi Farm In The City. Seronok gak
Hari Ahad yang lalu, Abang Nara telah membuat satu aktiviti bersama keluarga yang teramatlah simple tetapi menyeronokkan. Kitorang bangun awal-awal pagi dan pergi berkelah di padang permainan sebelah rumah sambil makan sarapan pagi. Best!!!
 photo mcd2.png
nenek jangan tinggalkan Arissa
Abang Nara pukul 7 pagi dah pergi beli sarapan pagi di McDonald’s. Semangat tak ingat. Tapi sudah tentu yang paling excited ialah Aariz dan Arissa. Si Arissa tue siap tolong bawakkan Tikar McD.
 photo mcd3.png
jom kita gi makan sarapan
Sampai-sampai je, terus wife Abang Nara membuka Tikar McD untuk dijadikan tempat perkelahan.
 photo mcd4.png
bukak Tikar McD ke posing ambil gambar nie?
Dah ada tikar, kenalah ada makannnya. Apo lagi. Masa untuk membuka McDonald’s yang telah dibeli awal pagi tadi.
 photo mcd5.png
terpaksa beli air Ribena sebab tue feveret budak 2 orang nie
Nasib baiklah cuaca tak panas sangat dan ada pokok yang meredupkan suasana. Seronok je kitorang duduk di bawah pokok sambil menikmati udara pagi yang segar.
 photo mcd6.png
rancangannya lepas makan nak main bubble. Kasi penat sikit bebudak nie
Sebelum makan kita selfie dulu. Hehehe..
 photo mcd7.png
Aksi selepas selfie ini tidak dapat dirakamkan akibat semuanya sedang sibuk makan McDonald’s di atas Tikar McD. Seronok juga sekali sekala makan sarapan pagi di luar sambil angin sepoi-sepoi bahasa. Lepas nie nak jadikan amalan mingguan lah. Budak-budak pun seronok dapat keluar rumah. Yang penting, dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga tercinta. Bukan senang tue.
 photo mcd8.png
jom kita menjamu selera
Seronok juga pagi-pagi bersarapan pagi McDonald’s bersama keluarga tercinta di atas Tikar McD. Hubungan kekeluargaan bertambah mesra, anak-anak seronok serta Abang Nara selaku ayah pun dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak. Nampak gayanya lepas ini setiap hujung minggu confirm kami akan berkelah macam ini. Terima kasih McDonald’s untuk Tikar McD yang awesome ini.
 photo mcd9.png
aksi makan-makan gagal dirakamkan kerana semua sibuk menikmati kelazatan breakfast McDonald’s
Buat anda yang ingin berkelah sambil bersarapan pagi bersama keluarga tercinta, Abang Nara ada beberapa Tikar McD untuk diberikan kepada anda. Bolehlah guna untuk jadi lapik sambil makan-makan. Jangan risau Tikar McD nie kualitinya tip top. Lepas tue boleh lipat untuk senang dibawa ke mana-mana. Anda cuma perlu komen apa yang anda ingin lakukan dengan Tikar McD di ruangan komen di bawah. Yang paling kreatif akan menang. Abang Nara ada 15 Tikar McD untuk diberikan. Selamat mencuba!!!
 photo mcd10.png
Semoga yang bakal menang Tikar McD daripada McDonald’s ini akan menggunakannya untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama sendiri.
PS: Jangan lupa dapatkan Tikar McD anda di lokasi-lokasi berikut
19 Mac 2016
Kepong Metropolitan Park
8:40 pagi – 9:40 pagi
20 Mac 2016
KL – Taman Botani Negara Shah Alam
8:40 pagi – 9:40 pagi
26 Mac 2016
Penang – Botanical Garden
8:40 pagi – 9:40 pagi
27 Mac 2016
Perak – Taiping Lake Garden
8:40 pagi – 9:40 pagi
2 April 2016
Johor – Taman Rekreasi Bukit Indah
8:40 pagi – 9:40 pagi
3 April 2016
KL – Taman Titiwangsa
8:40 pagi – 9:40 pagi

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close