loading...
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan 5 trik bagaimana untuk kelihatan lebih kemas apabila menggenakan baju kemeja.
1 - Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna putih.
Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah dalam. Ini kerana warga grey akan lebih 'matching' dengan tona kulit.
Singlet putih di dalam |
Singlet grey di dalam |
2 - Lipat separuh sebelum lipat penuh.
Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas.
3 - Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum 'tuck ini'.
Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.
tarik lebihan baju ke sisi belakang. |
sebelum |
selepas |
Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di luar. Jadi jangan tersilap ya :-).
Kemeja panjang seperti ini direka untuk dimasukkan ke dalam seluar |
Kemeja pendek seperti ini direka untuk dibiarkan di luar. |
5 - Guna 'collar stays' untuk kolar yang lebih segak.
Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk "collar stays" (plastik yang diletakkan di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan tidak royok.