Viral

Nasi Lemak Anak Dara Bakal Hentikan Operasi

loading...
AH ALAM - Nasi Lemak Anak Dara, yang sensasi di internet, mungkin akan menamatkan perniagaannya tahun depan selepas usaha murni peniaganya tidak direstui ibu.


Siti Hajjar Ahmad, 24, berkata sambutan menggalakkan penduduk setempat tidak menjadikan ibunya berubah hati ekoran anak perempuan sulungnya itu memiliki ijazah.

“Mak tanya, kenapa hendak jual nasi lemak? Belajar tinggi-tinggi, kenapa tidak kerja? Mak tanya macam mana dengan kerja [ditawarkan dahulu]?

“Saya kata saya hendak berniaga. Tidak mahu kerja [makan gaji]. Mak kata kena kerja tetap juga. Mak kata berniaga cuma separuh masa.

“Disebabkan minat dan ramai orang beli, saya kata pada emak, kalau bekerja, gaji tidak banyak dan kerja kena dengar arahan dan kena marah,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO pada Isnin.

Anak ketiga daripada lima beradik ini sudah ditawarkan kerja pada Julai lalu sebagai jurutera kos dan reka bentuk di sebuah syarikat di Subang Jaya.

Ditawarkan gaji RM2,000 tidak termasuk elaun bulanan, anak jati Sungai Petani, Kedah itu berkata pendapatan yang diperoleh kini melebihi daripada tawaran tersebut.

Graduan kejuruteraan elektronik perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor ini akan bergraduasi Sabtu ini dengan Himpunan Purata Nilai Gred 3.33.

Hajjar berkata walaupun ibunya tidak berkenan dengan perniagaan yang diusahakan ini, gerai Nasi Lemak Anak Dara akan diusahakan juga secara separuh masa.


Menjadi harapan gadis berkulit cerah ini agar dapat membuka kedai suatu hari nanti selain menambah peralatan perniagaan.

Memulakan perniagaan pertengahan Ogos lalu, usahawan muda ini disaman Majlis Bandaraya Shah Alam sejumlah RM300 selepas jualan nasi lemaknya mendapat perhatian pengguna media sosial.

Susulan itu, Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya, dengan menyerahkan borang permohonan lesen perniagaan agar tidak dikenakan lagi tindakan.

Ditanya tempoh berniaga yang diberikan ibunya sehingga tahun depan, Hajjar berkata: “Tahun depan panjang lagi, bukankah ada 12 bulan,” katanya, sambil tertawa kecil.

Kunjungan ProjekMMO ke gerai Hajjar menyaksikan sendiri bagaimana pelanggan tidak putus-putus datang dan jualannya dapat dihabiskan dalam tempoh sejam.

Peniaga setempat mendakwa sedikit terjejas dengan nasi lemak Hajjar, namun reda dengan rezeki dikurniakan Tuhan.

“Terjejas sikit. Perniagaan berkurangan tetapi kami terima dan reda. Kawan-kawan berniaga [berhampiran] pun [sedikit terjejas] sama.

“Di sebelah sana mungkin tidak terasa sangat sebab jauh. Pelanggan yang muda-muda ke sanalah [gerai Hajjar],” kata Suhaimi Yusof, 55, yang sudah berniaga lebih 10 tahun kira-kira 100 meter dari gerai Hajjar di Seksyen 7 di sini.


About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close