loading...
*Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibu-nya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.
*Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandung-nya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badan-nya.
*Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.
*Pemandu-nya, Encik Liu dan isteri-nya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.
#Apabila dita-nya, Liu memberitahu dia telah meminta ibu-nya duduk di bahagian bonet agar anak-nya boleh berehat dengan betul dan selesa di tempat duduk belakang.
#Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.
#Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelaki-nya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.
#Apa yang menarik-nya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenar-nya dibeli oleh ibu-nya sendiri untuk Liu.
#Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka.
“Anak yang kejam! Saya tidak pernah melayan ibu saya seperti itu,” kata Bing.