loading...
BERIKUTAN kes viral seorang wanita mendakwa telah
menjadi mangsa keganasan, polis Johor telah menahan suaminya yang juga
petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri
Wan Ahmad Najmuddin Mohd.Menurut beliau, suspek yang berusia 37 tahun
itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di Batu Berendam, Melaka. Susulan
itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu untuk
permohonan reman.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, Wan Ahmad memaklumkan
suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat turut tidak hadir bertugas dan
mempunyai kes narkotik di Muar tahun lalu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja
menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seskyen 506 Kanun Keseksaan
kerana ugutan jenayah.
Kes ini mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas
isterinya, Shahilda Fadhil memuat naik status mendedahkan segala
perilaku kejam suaminya termasuk beberapa gambar kesan lebam di
badannya. Dalam status itu, Shahilda turut mendakwa diperlakukan seperti
pelacur dan dipaksa untuk menghisap kemaluan anaknya di hadapan lelaki
itu.
Sumber : Penmerah