loading...
Seorang gadis cantik, Intan Novita, yang menjadi mangsa simbah asid kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.
Intan, 22,
berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah
dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.
Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung,
wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan
sebahagian badannya.
“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News. Bagaimanapun,
tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut
kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.
“Pelaku langsung menyiramkan
asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lari,” Menurut rakan Intan
yang dikenali sebagai Ryan, dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah
motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Keluarga
Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan
orang lain.
Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin.
Sumber : Penmerah