loading...
Kondom adalah salah satu alat untuk pencegah kehamilan yang sering
dipakai pasangan suami isteri.Akan tetapi jangan terus menyalahkan
kondom yang digunakan apabila kehamilan tetap berlaku.
Berlaku satu kes yang agak mengejutkan di mana seorang suami kecewa atas
perlakuan isterinya yang disangka hamil kerana kondom yang dipakainya
bocor, rupa rupanya kehamilan itu adalah hasil dari pada hubungan gelap
isterinya dengan lelaki lain yang dikenalinya di laman media sosial
sejak dua tahun lalu.
Arman pekerja pemandu taxi 30 tahun yang kahwin dengan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) 22 tahun atas pilihan orang tua.
Sebelumnya Arman mengatakan bahawa dia belum bersedia menjadi seorang
ayah kerana ingin memantapkan dulu ekonomi keluarga mereka, sebab itu
dia selalu menggunkan kondom sebagai pencegah kehamilan.
"Setiap kali saya berhubungan intim dengan isteri saya selalu
menggunakan kondom untuk mencegah kehamilan. Awalnya saya percaya bahawa
kondom yang saya pakai itu ada yang bocor sehingga mengakibatkan isteri
saya hamil, isteri saya pun tidak menolak kemungkinan itu".
"Akan tetapi apa yang memeranjatkan saya ialah apabila saya membuat test
DNA pada bayi itu selepas 4 bulan, ia tidak sama dengan saya, saya
membuat perkara itu atas naluri batin yang cukup kuat" katanya.
Arman menceritakan sejak perkahwinannya dengan isterinya awalnya
bahagian, namun sejak dua tahun lalu hubungan mereka agak dingin, dia
juga mengetahui bahawa isterinya mempunyai rakan lelaki yang dikenalinya
di laman media sosial facebook.
"Saya fikir mereka hanya sekadar rakan facebook saja selama ini, saya
juga tidak mengenali lelaki itu," kata Arman dengan nada sayu dalam
panggilan telefon ketika dihubungi.
Arman yang membuat report di balai polis, atas kehilangan isterinya
dipercayai lari bersama kekasihnya itu selepas 4 bulan melahirkan bayi
tersebut.
Apa yang menyedihkan Arman adalah sepucuk surat yang ditinggalkan
isterinya yang mengatakan bahawa dia lari bersama kekasihnya, dan anak
yang baru berusia 4 bulan tersebut adalah hasil dari pada hubungan
mereka bukan dengan Arman.
"Sehari sebelum isteri saya lari kami sempat berperang mulut atas hasil
ujin DNA tersebut, saya juga sempat melontarkan kata-kata kesat padanya,
laki mana yang tidak marah kalau isterinya curang dengan lelaki lain,
malah sampai mereka melahirkan anak dari hubungan haram mereka itu"
ujarnya.
Apabila Arman ditanya tentang rasa kecewanya, beliau mengaku bahawa dia
sebenarnya tidak kecewa isteri yang selama ini meraih kepercayaan
meninggalkannya, Dia lebih bersyukur kerana temberang isterinya akhirnya
terbongkar. Namun dia mengaku kecewa dengan sikap isterinya yang
sanggup meninggalkan bayi yang masih berusia 4 bulan itu.
"Bagi saya tidak ada sebab untuk saya membuang bayi ini, dia tidak
bersalah dalam hal ini saya akan menjaga dan menganggap ia sebagai anak
kandung saya sendiri," tutup Arman.
Nota: Kisah ini diceritakan
oleh Arman di laman media sosial facebook namun di delete beliau oleh
sebab-sebab tertentu. Kisah ini di siarkan semula oleh atas keizinan
beliau dengan beberapa syarat seperti nama asal isteri dan tempat di
sembunyikan. Beliau sudi berkongsi cerita sebagai pengajaran kepada
suami-suami lain agar lebih berhati-hati dalam berumahtangga.
Sumber: eberita | Sentiasabikinpanas