loading...
Seorang lelaki dihukum penjara selama dua tahun kerana memecah masuk ke
dalam rumah seorang wanita dan kemudian bertindak menjilat kemaluan
wanita itu ketika dia sedang tidur bersama teman lelakinya.
Dia, Joseph Taouk, 35, memecah masuk ke dalam rumah wanita itu di
Sydney, Australia pada pukul 3.30 pagi pada 9 Februari tahun lepas,
memetik laporan Sydney Morning Herald.
Pada mulanya, mangsa menyangkakan lelaki yang melakukan perbuatan itu
ialah teman lelakinya tetapi selepas 20 saat barulah dia mengetahui itu
adalah orang yang tidak dikenali.
Ketika itu, dia merasakan teman lelakinya masih disebelahnya dengan tangan, dan membisikkan apa yang sedang berlaku.
“Siapa kau?,” kata teman lelakinya.
“Maaf, maaf, saya sangkakan ini adalah rumah transit kerana pintu di hadapan terbuka,” kata Taouk.
Teman lelaki mangsa kemudian membawa suspek ke pintu depan dan kemudian
kembali mendapatkan mangsa yang sedang menangis. Akibatnya, mangsa
menjadi takut dan kerap sakit tetapi dia masih enggan melaporkannya
kepada polis.
Bagaimanapun, mangsa kemudian memberitahu perkara itu kepada bapa
tirinya, yang membawanya ke Balai Polis King Cross keesokannya.
Beberapa jam kemudian, pihak polis berjaya menemui suspek dalam keadaan
gementar dan berpeluh-peluh berjalan di sekeliling kawasan berhampiran.
Taouk mengaku bersalah atas tuduhan serangan seksual ke atas wanita, dan memecah masuk rumahnya.
Kelmarin, dia berdepan dengan Hakim Mahkamah Daerah New South Wales yang
memerintahkan dia menjalani hukuman penjara selama dua tahun.
DNAnya ditemui berada pada pakaian tidur wanita itu dan visualnya berada
di depan rumah pasangan itu juga berjaya dirakam oleh kamera litar
tertutup (CCTV).
Hakim turut membacakan surat permohonan maaf dari Taouk yang menjelaskan
dia ada mental yang bermasalah dan hanya menuruti suara yang kedengaran
untuk melakukan sesuatu.
“Saya juga dengan jujur memohon maaf kerana menjadikan manusia berasa
amat terhina dan tersisih serta berharap semua perkara ini tidak pernah
terjadi.
Taouk dijangka dibebaskan pada Mac tahun depan.
Sumber: Pru14.tv | Sentiasabikinpanas