loading...
Aishah
(bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia
berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis
penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang.
Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling
pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia
sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang
terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.
Kisah ini kami kongsikan menerusi perkongsian gambarhantu.blogspot.my. Benar atau tidak, wallahualam.
Pernah
sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan.
Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar
Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat
sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas
lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah
ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu
dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang
melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.
Sejak
hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa
jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang
lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam
di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah
yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di
rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat
untuk pulang ke kampung.
Setelah
sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk
Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk
menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki
yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat
kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati.
Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir.
Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil
gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak
diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif
terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan
Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu
menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia
menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4
lelaki durjana tersebut.
Gambar
diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena
matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira
dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya
ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya.
Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah
jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang
kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.
Sebelum
dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang
diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan
kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun,
celakalah mereka yang melihat gambarku!"
Keesokkan
paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar
yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai
gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa
terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan
bogel yang sungguh memalukan itu.
Tiba-tiba
kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan
pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus
melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di
tempat kejadian.
Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..
Lelaki
ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam
perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang
dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas.
Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan
air naik dengan cepat.
Lelaki
ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang
menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga
dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu
kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke
kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah
terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis
berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya
terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil
ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan
lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.
Lelaki
tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya
sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.
Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.
Doktor
yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah
untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah
kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut
menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.
Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.
Diceritakan
gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa
yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit
kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah
sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum
kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat
gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila
terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman,
imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana
sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan
anda.
Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?
Untuk
mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke
matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih
sayangkan mereka.