loading...
Salam ramadhan buat semua. Ini status susulan status pagi tadi masa saya upload selepas sahur.
Baiklah,
nak kata seram macam tak seram sangat. Nak kata diikat, macam tak kena
ikat. Apa-apa pun, ini pengalaman kedua sebenarnya terkena di jalan
raya. Okay, saya cerita dari mula sampai habis.
Jam 8.35 malam
Selepas
dah buat tempat tidur anak-anak dalam Hellfire putih saya itu dengan
baringkan semua kerusi dan hampar toto (kalau long distance memang buat
macam ini pada mereka), tepat jam 8.35 kami pun bertolak dari Marang.
Dari
Marang, kami lalu jalan dalam sehingga keluar ke exit Tol Ajil. Jalan
dalam sini pun super gelap tetapi buat biasa sahajalah. Bermula atas
LPT2, bermacam-macamlah topik yang dibualkan bersama dengan isteri
sambil makan satar. RM16 satar dok makan berdua. Kemudian Mifzal join
sekejap, makan dua tiga ketul.
Saya memandu, Zue di sebelah mengupas satar dan menyuap saya. Makan dan bercerita termasuklah cerita bab-bab LPT2 ini pada Zue.
Bila dia mula berkata, "Sunyi kan highway ini bang? Tak ramai orang guna pun."
Saya pun ceritalah kes kemalangan di LPT2 ini yang saya tahu sehingga ke kes harimau kenaa langgar itu.
"Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway." katanya.
"Itulah, kena berhati-hati. Tak boleh cakap besar, pelik-pelik atas highway ini,".
Kemudian
saya kata dah tak nak makan satar, kenyang. Waktu ini, Zue pun lap-lap
tangan guna tuala basah dan simpan semula satar semua. Dia pun berpusing
ke belakang nak ambil air.
"Abang ada gantung air sejuk di belakang seat dia tu?"
Saya
pun berpaling sekali tengok, air yang mana dia maksudkan. Bila saya
berpusing saja ke depan semula, saya hanya mampu ucap, "ALLAH!" dan
terus diam.
Zue
terus berpaling ke depan dan terkejut. Dia mulalah bertanya
macam-macam. Saya diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit
juga saya tak layan pelbagai persoalan dia. Akhir sekali saya kata,
"Ayang tidurlah,".
Tak sampai seminit, dia pun terus terlena.
Apa
yang saya nampak? Okay, Alhamdulillah kalau terkena perkara seperti
ini, saya masih boleh berfikiran waras dan tiada respon terkejut.
Critical thinking saya masih elok juga ram dia. Waktu saya ternampak
itu, saya terus jeling nombor Kilometer di tepi jalan dan nombornya
KM333.6. Memang saya ingat sebab jenis saya memang suka hafal nombor
jika ada apa-apa yang berlaku.
Saya
nampak curahan darah seperti baru lepas dilanggar di atas lorong kanan.
Di depan sikit, ada sekujur tubuh budak-budak yang mana tangannya sudah
hilang isi, hanya tinggal tulang sahaja. Kepala dia di bawah besi
penghadang jalan itu.
Dalam
keadaan auto cruise yang saya On pada kelajuan 120 km/j, saya tak
sempat brek dan tak mahu mengelak. Saya redah dan waktu itulah terpacul
hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut saya.
Dalam
fikiran saya mula berfikir. Inilah padahnya bercerita bukan-bukan pada
Zue tadi. Tetapi rupa-rupanya bukan setakat itu sahaja. Selepas Zue
terlena, saya rasa ada sesuatu yang betul-betul berada di tepi tingkap
tetapi saya langsung tak menoleh. Dalam hati saya kuat mengatakan ia
hanya perasaan saya sahaja.
Kemudian
saya tengok ada cahaya samar-samar dari side mirror kiri. Saya tengok
side mirror itu dan ternampak ada sesuatu seperti kain terlekat di
bontot kereta.
Saya
terus toleh ke belakang, nak tengok terus kain apa. Masa ini saya
toleh, tengok Zue sudah tidur. Cuma tidung dia macam toleh merenung saya
tepat. Saya cepat-cepat pusing ke depan. Rasa nak tahu itu masih ada
lagi dan sekali lagi saya berpusing dan nampak memang tudung Zue itu
betul-betul berada di tepi saya di arm rest dan Zue dok tidur elok saja.
Saya berpaling ke depan, beristighfar dan mulalah baca macam-macam.
Akibatnya,
meremang bulu roma satu badan. Saya tepuk paha Zue perlahan-lahan dan
kejutkan dia suruh tanggalkan tudung. Dia pelik tetapi saya tak cerita
apa-apa lagi. Saya kata, "nampak ayang macam tak selesa. Bukalah tudung
itu, lagipun sudah gelap, tak ada orang nampak,"
Dia akur dan membuka tudung sebelum kembali menyambung tidur.
Tak
sampai 3 minit dia pun tertidur dan kali ini ujian saya kena lagi
hebat. Sepanjang highway, saya jumpa tompokan darah merah seperti benda
baru dilanggar itu. Sampaikan mata saya pun dah nampak merah saja
sepanjang jalan. Saya ambil air dan minum. Takut sebab saya dah letih
sangat agaknya jadi begini.
Sebab dah tak tahan, saya terpaksa mengejutkan Zue.
"Ayang, bangun. Temankan abang drive,"
Zue
pun bangun dan bertanya kenapa saya diam seribu bahasa. Dah
bermacam-macam soalan dia tanya, saya tak jawab melainkan, "Takut,"
"Abang takut apa? Ha, tadi apa yang abang nampak?"
"Abang takut, temankan abang,"
Zue pun ajaklah berborak hal-hal lain tetapi saya tak berapa respon.
"Ayang tengok jalan tar ini warna apa?" soal saya.
"Warna kelabulah bang, kenapa?"
Saya terus diam.
"Abang nak ayang tengok jalan tar ini ye,"
Dalam lima minit dia tengok, timbul lagi tompokan darah yang seterusnya.
"Haa! Ayang nampak tadi atas jalan?"
"Nampak apa bang? Sama saja jalan tar ini," katanya.
"Takpelah, abang takut. Ayang jangan sambung tidur, terus teman abang borak,"
Waktu
itu saya set auto cruise 110km/j dan duduk di lorong kiri sahaja.
Perjalanan terus sampai lepas R&R Perasing, alhamdulillah tiada
gangguan lagi.
Saya
pun minta Zue pula yang memandu sebab saya dah mengantuk. Dia
menyambung pemanduan sehinggalah ke rumah. Sampai di rumah jam 2.12 pagi
dan masa di atas katil barulah saya bercerita padanya.
Katanya dia memang dah rasa pelik sebab saya tiba-tiba saja tersebut "Allah" dikala tengah rancak berbual.
Dah
sampai rumah, saya cuba google tentang KM333 dan mengucap panjang bila
tahu ada seorang murid Tahun 1 maut dalam kemalangan di LPT2, di KM yang
sama.