kontroversi

Sayu Pulang lah Aliaa di mana kamu kesian keluarga mu

loading...

Aliaa%2BSyafiqah%2BNazar%2B1.jpg

BANGI : Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipercayai hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi di sini sejak pagi tadi.

Kehilangan Aliaa Syafiqah Nazar, 13, disedari keluarganya selepas melihat remaja itu tiada di bilik tidurnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ibu saudara mangsa, Norjuliani Nazar Nazari berkata, mereka sekeluarga bertindak mencari mangsa sebelum mendapati dia kali terakhir berada di Sekolah Menengah Sri Al- Amin di Sungai Tangkas di sini pada pukul 7.51 pagi menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Katanya, selain itu, mereka sekeluarga juga menemui satu beg milik mangsa yang ditinggalkan di sekolah tersebut.

Dia (mangsa) memberitahu kami bahawa sekolah memberikan pelepasan cuti berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sedang berlangsung dan kami sekeluarga terkejut sebaik mengetahui dia tiada di rumah pagi tadi.

Selepas mengetahui Aliaa (mangsa) tiada di rumah ibu bapa serta ahli keluarga yang lain bertindak mencarinya sebelum kami pergi ke sekolah dan berdasarkan CCTV dia memasuki perkarangan sekolah pada pukul 5.11 pagi sebelum keluar pada pukul 7.51 pagi, katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Norjuliani, mereka cuba menghubungi mangsa menerusi telefon bimbit, namun telefon itu dimatikan dan tiada sebarang khabar berkaitan mangsa sehingga kini.

Kami sudah mencari Aliaa di rumah rakan dan saudara-mara namun hingga kini pelajar itu gagal dikesan, ujarnya.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung Aliaa diminta menghubungi ahli keluarga mangsa di talian 018 662 4450, 018 510 6343 atau 019 653 6343. – K! ONLINE

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fcTG4z
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close