kontroversi

Sayu Ajal pukul 130 pagi ini punca Khaira dan Hidayat maut tragis

loading...

Khaira.jpg

Machang: Perjalanan mereka awal pagi tadi adalah perjalanan terakhir mereka, kedua-dua maut dengan tragis akibat tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki ketika kereta tersebut terbabas dan merempuh pondok ditepi jalan.

Punca mereka maut adalah akibat tercampak berkemungkinan kedua-dua tidak memakai tali pinggang keledar.

Harian metro melaporkan dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pondok di tepi jalan di Kilometer 3.2 Jalan Machang-Tanah Merah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu mangsa Noor Khaira Hasbullah, 32, memandu Perodua Viva bersama rakannya Mohd Hidayatullah Zainuddin, 28, maut di tempat kejadian akibat parah.

Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Khaira%2B1.jpg

Khaira%2B2.jpg

Khaira%2B3.jpg

Khaira%2B4.jpg

khaira%2B6.jpg


Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Tanah Merah menghala ke Machang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan serta berpusing sebelum melanggar sebuah pondok di tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eYaR91
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close