ISU & KONTROVERSI

Wanita Cuba Ugut Pemain Hoki Akhirnya Makan Diri

loading...


CUBAAN seorang wanita untuk memeras ugut seorang pemain hoki terkenal, Jaromir Jagr, 43, dengan merakamkan selfie selepas melakukan hubungan seks, tidak menjadi apabila Jagr memberitahu bahawa dia tidak peduli jika gambar itu tersebar memandangkan dia belum berkahwin dan masih bujang.

Wanita itu yang juga seorang model, KateÅ™ina Provazníková berulang kali mengugut akan memuatnaik gambar berkenaan di media sosial sekiranya Jagr tidak membayarnya sebanyak £1,200.

Namun Jagr memberitahu, dia tidak takut dengan ugutan itu apatah lagi menjalani kehidupan solo.

Ia juga bertukar sebaliknya apabila Kateřina dilaporkan sedang berpacaran dengan seorang pemain hoki amatur.

Susulan rancangan yang tidak menjadi ini, KateÅ™ina kini menjadi bahan lawak di media sosial dengan ramai yang mempersendakannya dan merakamkan aksi yang sama. – MYNEWSHUB.CC

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close