loading...
SUAMI ISTERI MESTI BACA HUKUM SUAMI MENJILAT KEMALUAN ISTERI
Islam
adalah agama yang syumul dan menitik berat segala aspek kehidupan
manusia. Hubungan seksual sememangnya tidak terkecuali dititikberatkan
oleh Islam, dari yang asas sehingga perkara yang lebih khusus. Dalam
membincangkan isu hukum suami menjilat kemaluan isteri, terdapat
beberapa khilaf yang timbul di kalangan para ulama terhadap perkara ini.
Ulama
terbahagi kepada dua kumpulan dalam membincangkan perkara ini, satu
kumpulan yang mengharuskan dan satu kumpulan lagi yang mengharamkan.
Mari kita lihat satu persatu perbincangan yang membawa kepada
pengharusan dan pengharaman tersebut oleh para ulama supaya kita lebih
jelas kenapa mereka mengeluarkan hukum begitu.
Pertama sekali kita lihat dahulu kumpulan ulama yang Mengharuskan :
Antara ulama yang mengatakan harus adalah Dr Syeikh Yusof al-Qadrawi. Fatwa harus yang dikeluarkan beliau adalah untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menelan atau menhisap sebarang cecair yang keluar darinya. Menelan dan menghisap sebegitu adalah makhruh kerana ia salah satu bentuk perkara zalim dan melampaui batas dalam hubungan suami isteri.

Syeikh
Yusof al-Qadrawi dengan jelas menyatakan hukum mendatangi isteri dari
belakang adalah haram kerana terdapat nas yang jelas, namun bagi isu
‘oral s3ks’ perkara ini tiada sebarang nas yang jelas dari al-Quran dan
hadis yang melarangnya.
Ulama
lain yang turut mengeluarkan pandanagan harus adalah Mufti Mesir, Dr
Syeikh Ali al-Jumaah dan Dr. Sabri Abdul Raouf yang merupakan professor
dan bidang Fiqh di Universiti al-Azhar. Mereka mengatakan perkara ini
harus bagi mendatangkan kepuasan kepada pasangan suami isteri,
terutamanya jika ia dihindari pasangan tersebut tidak merasakan kepuasan
yang boleh membawa kepada lembah zina kelak.
Kita lihat pula kumpulan ulama yang Mengharamkan
Mufti
Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya
An-Najmi mengatakan yang bermaksud, “Isteri menjilat kemaluan suami
adalah haram, tidak dibolehkan. Perkara ini demikian kerana kemaluan
suami yang akan mengeluarkan mazi yang merupakan najis menurut jumhur
ulama. Jika air mazi tersebut memasuki mulutnya dan ke perutnya maka ia
boleh mendatangkan penyakit kepadanya.”
Melalui
pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh
mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan
pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini
juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan
dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan
menyebabkan penyakit yang serius.
Seterunya, ulama yang turut mengharamkan adalah ilmuan Islam yang cukup terkenal, Syeikh Nasiruddin Albani. Antara padangan yang dilontarkannya adalah bermaksud, “Perkara ini merupakan amalan bintang, seperti anjing. Kita telah ketahui secara jelas bahawa di dalam hadis, ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) binatang-binatang seperti larangan beliau turun sujud seperti turunnya unta, menoleh seperti serigala dan mematuk seperti patukan burang gagak. Juga Nabi Muhammad memaklumkan untuk tasyabbuh iaitu menyerupai dengan orang kafir.”
Namun, pendapat peribadi penulis mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan
mengeneralize semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara
total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya
dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan oral seks?, jika
sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah
binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang
ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan
memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan:
Dari
perbincangan di atas, jelas dua kumpualan ulama mempunyai pandangan
masing-masing dalam meletakkan hukum menjilat kemaluan bagi pasangan
suami isteri. Jadi berikuta adalah kesimpulan dari penulis mengenai
perbincangan di atas,
1.
Harus bagi suami mencium kemaluan isteri dengan syarat tidak menghisap
dan menelan sebarang cecair yang keluar darinya. Disarankan agar
membersihkan mulut terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko kuman yang
membawa penyakit. Seterusnya, melakukan perkara ini tidak kerana ingin
meniru cara golongan bukan Islam atau binatang sebaliknya hanya untuk
mendatangkan kepuasan dalam hubungan suami isteri.
2.
Elok dijauhi akan perkara ini kerana ia merupakan perkara yang khilaf
dan hanya mengamalkan budaya seksual yang sihat bersama isteri.
3.
Haram bagi suami isteri menalan air mazi kerana sepakat ulama
mengatakan air mazi adalah najis. Oleh itu ia sama seperti haram memakan
tahi dan meminum air kencing.
Sumber: beritasensasipanas
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem