SEMASA

Gegar Vaganza: Azharina menangis apabila ibu tunggal sanggup naik bas bertemunya

loading...
Gegar Vaganza: Azharina menangis apabila ibu tunggal sanggup naik bas bertemunya 
AZHARINA: "Ikhlas saya menangis bukan untuk drama, saya bukan seorang pelakon tetapi hanyalah hamba Allah yang mempunyai hati dan juga perasaan." - Astro Gempak


PENYANYI dan juga peserta GegarVaganza 3 (GV3) Azharina menangis apabila peminat dari Perak sanggup menaiki bas semata-mata untuk memberi sokongan kepadanya.

Menerusi video yang dimuatnaik Azharina di laman Instagramnya pada Jumaat, dia begitu terharu dan terkejut 
apabila peminat yang dikenali sebagai Puan Atie sanggup menaja kelab peminatnya.

Hati Azharina juga semakin tersentuh sebaik sahaja mengetahui peminat yang dikenali sebagai puan Atie itu 
merupakan seorang ibu tunggal.

“Assalamualikum puan Atie, hati saya tersentuh dengan puan kerana puan adalah seorang ibu tunggal yang 
mencari rezeki untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga.

“Sanggup datang dari jauh sampai naik bas untuk beri sokongan pada saya dalam GV3. Saya seorang ibu
 tunggal, saya tahu bagaimana susahnya kehidupan kita untuk melalui kehidupan seorang diri.

“Difitnah, dicaci dan dihina, melalui pelbagai kesusahan untuk memperbaiki kekurangan diri dan mencari 
nafkah untuk anak.

“Atas pengorbanan itu saya doakan anak-anak puan Atie berjaya dalam kehidupan,” katanya sebak.

Dalam pada itu, pemilik nama Azharina Azhar ini juga menafikan tangisannya itu hanya sekadar drama.

“Ikhlas saya menangis bukan untuk drama, saya bukan seorang pelakon tetapi hanyalah hamba Allah yang
 mempunyai hati dan juga perasaan,” jelasnya.

Azharina juga mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hati kepada peminat berkenaan.

Jangan lupa saksikan konsert GV3 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah 
Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Siaran langsung GV3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Teks Oleh: Mya Amri


Tag: Gegar Vaganza, GegarVaganza 3, GV3, Azharina

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close