loading...
Aku dh keje dlm bidang oil and gas dh nak dekat 17 tahun. Aku bermula
dari bawah sampaila aku dpt jawatan yg kukuh dan gaji yg besar. Gaji aku
dekat rm10k. Alhamdulillah dengan gaji tu aku dpt membantu suamiku
menyara anak anak ku yg kecil seramai 4 org.
Kehidupan aku sempurna. Aku dapat beli rumah sendiri dapat beli kereta
sendiri dan dpt sekolahkan anak anak ku di sekolah yg bagus.
Tidak pernah riak di hati ini aku dpt kerja yang bagus walaupon aku
hanyala lulusan diploma sahaja. Mungkin ini rezeki yang Allah bagi.
Rezeki anak anak fikirku.

Tanpa ku duga,1 hari aku dipanggil oleh HR dan dibagi surat berhenti
kerja. Ya Allah gugur jantungku.Terbayang anak anaku. Disebabkan harga
minyak yang jatuh merundum aku kehilangan kerja.
Sekarang aku masih menganggur. Sudah puas hantar resume sane aini ibarat
peminta sedekah tanya smua kenalan ku mana ada kerja kosong.
Benarla kata orang. Saat kita kehilangan semuanya barula kita kenal yang mana sahabat
Aku masih buntu tak tau apekah hikmah di sebalik ujian yang Allah dugaku. Perit…begitu perit.
Suamiku hanya bisnes kecil kecilan ditambah pulak sekarang ni beliau jugak sedang sakit.
Ya Allah sungguh besar dugaanmu. Yang aku pinta, berilah aku ruang untuk
aku mencari balik sinar kehidupan. Bantula aku keluar dari jalan ini Ya
Allah.
Semoga ada rezeki buatku untuk aku menyara anak anakku InsyaAllah.
Sumber:- IIUM Confessions - BM