ISU & KONTROVERSI

Ada RM2,500? Takde Masalah, Dah Boleh Kahwin

loading...
kahwin RM2500


Ada RM2,500? Takde Masalah, Dah Boleh Kahwin

Shah Alam: Bermodalkan serendah RM2,500. Itu bayaran yang dikeluarkan bakal pengantin bagi majlis persandingan mereka meliputi persandingan di dewan, pelamin serta makanan untuk tetamu.

kahwin RM2500sumber gambar: kualalumpurpost.net

Kaedah itu diperkenalkan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) khusus untuk bakal pengantin ketika mereka melangsungkan majlis persandingan.

Bagaimanapun bayaran itu tidak termasuk hantaran, majlis merisik dan bertunang yang ditanggung sendiri pengantin.

Yang Dipertua IKRAM Selangor Norazmi Mat Noh berkata, pihaknya mahu mempermudahkan urusan majlis perkahwinan dari segi kos perbelanjaan dan perjalanan program, namun pada masa sama disambut meriah.

Menurutnya, dalam program Walimah Jama’i IKRAM Selangor 2016 (WAJIKS), lima pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis dan mereka sama-sama berkongsi selain dibantu pertubuhan itu.

Sumber: HM

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close