loading...
Tidak pernah bersua.. tidak pernah bersapa,Jemaah Berebut-rebut Datang Menziarahi Jenazah Allahyarham Datuk Dr Haron Din
[KOMUNITI ISLAM RAMAI SOLATKAN JENAZAH] Jenazah Tuan Guru Haron Din Selamat Dikebumikan:
Jenazah
Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California sebentar
tadi.
Terdahulu, jenazah disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara, kira-kira pukul 2.40 pagi waktu Malaysia.
Terdahulu, jenazah disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara, kira-kira pukul 2.40 pagi waktu Malaysia.
Anak
perempuan Haron, Dr Huda Haron menerusi laman Facebook rasmi milik
bapanya itu memaklumkan jenazah selamat disembahyangkan di Masjid
Persatuan Komuniti Islam, California kira-kira pukul 4.25 pagi Sabtu.
"Selesai
solat jenazah yang diimamkan oleh adinda tersayang Hamdi Haron selaku
ketua keluarga. Ramai jemaah Maashaallah... jemaah solat jumaat 3 lapis(
kami sesi kedua). Alhamdulilaah.
"Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.Terpana!!!Tidak sangka.
"Tidak
pernah bersua.. tidak pernah bersapa... tidak kenal siapa. Cumaa
ukhuwwah fillah. Hangatnya persaudaraan disini," tulisnya.
Dr Huda turut berkongsi beberapa keping gambar suasana di dalam masjid dan perjalanan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
"Baa...
Ini kali terakhir kita berjalan bersama baba dialam ini Baa.. Indah
sungguh pemandangan dikiri kanan menuju ke tempat rehat baba. Allah
pilih disini Baa.
"Persis
memori tika menikmati keindahan bukit Uhud... seolah bukan di bumi
California. Seakan kami di bumi anbiya," tulis Dr Huda.
Haron,
76, meninggal dunia di Hospital Stanford di San Francisco, California
pada pagi Jumaat selepas koma akibat komplikasi jantung.





