loading...
'Mak Kau Mati Masa Mengandung, Mesti Jadi Pontianak Kan?'
Hati marah membara bila rakan sekelas mengejek kematian arwah ibunya yang terlibat dalam kemalangan. Siapa tak marah kalau ibubapa kita kena ejek? Pernah kita cuba berada di tempatnya? Baca dan hadamlah kisah pelajar ini. Ajar anak kita dengan tingkahlaku dan tutur kata yang baik.
Aku berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Kisah yang aku nak ceritakan ini bukan tentang aku tetapi tentang kawan baik aku sejak dari sekolah lagi.
Aku ada seorang kawan baik dan rapat, namanya A. Kitorang jadi rapat sebab mak-mak ktiorang rapat. Mak-mak kitorang selalu pergi mengaji bersama-sama di surau kampung setiap petang. Pergi belajar menjahit bersama-sama, ikut program AJK Kampung. Rumah kitorang pun tak jauh, jarak tiga buah rumah sahaja. Kiranya memang kamcenglah aku dengan A ini, selalu bermain bersama-sama.
Dia lepak di rumah aku dan aku lepak di rumah dia. A ini anak tunggal, pelajar cemerlang dan harapan sekolah untuk dapat 5 A masa UPSR dulu. Dia Ketua Pengawas dan Olahragawan sekolah. Nampak tak betapa cemerlangnya dia? Aku, walaupun tak berapa bijak, tetapi dapatlah juga satu kelas dengan A sampai darjah 6.
Semasa kami darjah 6, satu hari itu semasa aku nak jemput dia pergi ke sekolah bersama-sama (bukan jemput sangatlah, kalau nak pergi sekolah, kena lintas rumah dia dulu), A akan belari pada aku dengan mukanya girang. Dia teruja beritahu aku yang mak dia mengandung dan bakal ada adik. Aku pun tumpang seronoklah and the rest is history.
Satu hari di hujung minggu, A duduk di rumah aku sebab mak ayah dia nak keluar beli barang dapur. Mereka ada motosikal saja. A biasanya tak ikut sebab pergi ke pekan kan. Jadi A pun melepaklah dengan aku, main bersama-sama.
Selepas itu, polis datang ke rumah, beritahu pada mak dan ayah aku yang ibubapa A telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayahnya masuk ICU, seminggu kemudian disahkan meninggal dunia. Mak dia pula meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian, bayi dalam kandungan juga meninggal dunia.
Bayangkanlah, motosikal kecil itu bertembung dengan treler kayu balak. Hmm...
A pada mulanya memang terkejut dan sedih. Tetapi dia jenis budak yang pintar, dia pandai mengawal emosi dia. Dia tak adalah pulih dari kesedihan 100%, cuma dia pandai kawal sahaja. Seminggu dia cuti selepas ayah dia meninggal dan selepas itu datang semula ke sekolah. Datuk dan nenek sebelah ayahnya yang datang rumah jaga dia sebab kami tak lama lagi menghadapi peperiksaan UPSR.
Selepas UPSR, kiranya datuk dan neneknya nak bawa dia pindah ke kampung, di depan saja.
"Kau tak sedih ke, mak ayah kau dah meninggal? Boleh pula datang ke sekolah belajar seperti biasa," soal aku yang mana tidak sepatutnya ajukan pertanyaan seperti itu.
Dia senyum tetapi matanya bergenang.
Aku anak tunggal mak dan ayah. Kalau bukan aku yang mesti berjaya da jadi budak baik, siapa lagi? Mak dan ayah hanya ada aku seorang saja," jawabnya.
Aku terdiam seketika, aku tepuk-tepuk bahu dia.
Ada seorang budak dalam kelas ini, B, dia tahu dari ibunya yang ibu A meninggal semasa tengah mengandung. Kau tahu apa yang si B ejek arwah ibu si A?
"Mak kau mesti jadi pontianak kan? Mak kau mati semasa mengandung," katanya sambil membuat mimik muka macam takut-takut kononnya. Selepas itu dia gelak bersama rakan-rakannya.
Tetapi A buat pekak saja.
"Kau tak marah ke dia cakap mak kau pontianak?" soal aku.
"Aku marah pun aku nak buat apa?" kata A.
Si B ini pun satu, mentang-mentang A tak melawan, makin giat dia mengejek arwah ibu A pontianak.
"Mak kau pontianak! Mak kau pontianak! Kalau kau tanam paku di leher mak kau, mak kau boleh jadi manusia balik. Pergilah cari pontianak dalam kampung kita, tanam paku di lehar dia," lebih kurang begitulah ayat si B berterusan mengejak arwah ibu A.
Sampai satu masa, A hilang sabar lalu dibalunnya B. Maka bergaduhlah mereka, bertumbuk bagai. Pecah juga bibir B pada masa itu. Cikgu datang