loading...
Pada kebiasaannya, mumia sudah banyak
mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang
satu ini. Mumia ini dikenali dengan Rosalia Lombardo.
Bila
melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto gadis kecil sedang
tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920?
Rosalia
Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui
sepanjang sejarah. Dia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan
paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk
memumiakan puterinya.
Dia
ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari
putrinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan
sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan
tak pernah membusuk.
Menurut
kajian, tubuh Rosalia Lombardo terawet kemungkinan akibat penggunaan
formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya
membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai
sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.
Kini,
mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali
Selatan. Ada sebuah kisah misteri bahawa beberapa orang pernah melihat
Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.
Lokasi
ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka
ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini.