loading...
Buat anda yang sering mengikuti berita tentang Apple, pastinya anda tahu, Apple iPhone 7 antara yang banyak menerimaleak.
Sememangnya iPhone terbaru antara iPhone yang paling banyak menerima leak berbanding iPhone 4 yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu.
Leakdaripada China turut mendapat sambutan dimana menyertakan iPhone 7 versi dummy yang hadir dengan lebih awal.
Berikut merupakan antara ura-ura yang boleh dikatakan hampir tepat mengenai iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
1. Spesifikasi iPhone 7
Seingat kami,rumourterawal yang kami lihat banyak dibincangkan laman web terkenal adalah mengenaidual-lensyang bakal digunakan Apple.
Kemungkinan Apple akan mengekalkansingle-lensbuat iPhone 7 manakala iPhone 7 plus akan disertakan dengandual-lensyang tampak lebihexclusive.
Nampaknya trend penggunaandual-lenssemakin popular setelah dipopularkan oleh Huawei P9.
Sebuah lagi dilema buat peminat iPhone saiz 4.7-inci jika rumour ini disahkan benar, Apple bakal meletakkan RAM 2 GB buat iPhone 7 manakala RAM 3 GB iPhone 7 Plus.
Adakah ini menyebabkan kedua-dua telefon ini mempunyai pebezaan dari segi kepantasan yang ketara?
Perbezaan pastinya ada, namun tidak begitu besar, iPhone 7 Plus memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih berikutan saiz yang lebih besar.
iPhone terbaru bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10 dan erdasarkanleakyang baru sahaja kami dapati, dijangka pemprosesan ini bakal menandingi beberapa cip pemprosesan berkuasa termasuk Samsung Galaxy S7 Edge.
2. Saiz Dan Rekabentuk iPhone 7
Seperti model iPhone sebelum ini, dua variasi iPhone dengan saiz skrin berbeza akan diumumkan oleh Apple. Skrin 4.7-inci dan 5.5-inci sekali lagi menjadi pilihanApple.
Menyentuh soal rekabentuk, dijangka tidak banyak perubahan yang akan ditampilkan Apple.
Perubahan saiz yang lebih nipis danplacement antenna linemungkin akan memudahkan pengguna untuk membezakan iPhone 6S dan iPhone 7.
iPhone 7 dikatakan tidak lagi hadir dengan 3.5mmheadphone jack.
Dalam erti kata lain, anda tidak lagi dapat menggunakanconnector3.5mm earphone atau headphone anda pada iPhone sebaliknya perlu menggunakanlightning port.
Dikatakan penggunaanlightning portmembolehkan audio yang lebih jelas dihasilkan.
3. Pilihan Warna iPhone 7
Menurut beberapa laman web terkenal, Apple dijangka akan mengumumkan warna baharu buat iPhone 7.
WarnaSpace Greybakal dihentikan Apple sebaliknya bakal memperkenalkan warnaDeep BluedanPiano Black.
WarnaRose Goldyang telah menjadi trademark terbaru Apple dijangka akan dikekalkan.
Melihat daripada preview iPhone 7, pemilihan warnaDeep Bluekelihatan sangat cool dan lebih sexy.
4. Storan iPhone 7
Berdasarkanrumourawal mengenai Apple iPhone terbaru, Apple bakal menghentikan pengeluaran iPhone terbaru dengan storan 16 GB berikutan saiz yang kurang releven pada masa kini.
Saiz 32 GB bakal menjadibase modelmanakala pemilihan saiz storan yang lebih besar turut ditawarkan.
Apa yang lebih mengejutkan, dijangkakan Apple akan mengumumkan saiz storan 256 GB buat iPhone terbaru.
Melihat saiz storan yang diumumkan, buatkan kami teringat berapa harganya iPhone ini apabila mula dijual di Malaysia.
5. Tarikh Pelancaran iPhone 7
Seperti yang diumumkan oleh pihak Apple, 7 September 2016 bakal menjadi tarikh pengumuman iPhone terbaru.
Buat anda yang tidak sabar serta menantikaniPhone 7 live streamsempena acara pengumuman Apple, diingatkan untuk membuat semakan waktu lebih awal berikutan pelancaran akan dijalankan pada 8 September waktu Malaysia.
6. Harga iPhone 7
Akan kami kemaskini kemudian.
Sumber artikel:http://www.sentiasapanas.com/2016/09/harga-dan-spesifikasi-iphone-7-6.html#ixzz4JXDyfoWj
Follow us:@SentiasaPanas on Twitter|SentiasaPanas on Facebook
Sumber: ternyataviral