loading...
Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin
Semenjak diwar-warkan nombor plat baru yang bermula dengan huruf V akan digunakan, jutawan kosmetik Dato' Vida membida nombor VIP 1 dan VIP 6 bagi kereta mewah anaknya yang berumur 9 tahun.
Kereta mewah apakah itu? Ni bukan kereta mewah biasa kerana kereta Bugatti Veyron ini terlalu mahal dan limited kerana hanya ada 150 buah sahaja di seluruh dunia. Kereta yang bernilai hampir RM 15 juta ini ingin diberikan kepada anak lelakinya Muhammad Eric Zaquan yang berumur 9 tahun kerana itulah citarasa anaknya.
“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan”
“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Kereta yang antara terlaju di dunia ini mencecah kelajuan 405km/j.