Gambar tersebut yang dirakamkan oleh pemilik restoran berkenaan menunjukkan wanita tersebut sedang menyediakan makanan di samping beberapa banting (banner) yang memaparkan iklan Nasi Uduk Babi Buncit, merujuk kepada nasi lemak berlaukkan babi dan lakaran kartun babi.

Akhbar Jakarta Post melaporkan, pemilik restoran yang terletak di Jakarta Barat itu mengambil keputusan memecat pekerja berkenaan bagi mengelakkan salah faham apabila ada di antara orang ramai yang membuat kecaman dan kritikan pedas.

``Kami tidak lagi menggaji wanita yang memakai tudung itu sejak 20 Mei lalu selepas menerima pandangan daripada beberapa orang Islam yang menghubungi kami,’’ menurut kenyataan restoran tersebut melalui akaun media sosialnya semalam.

Kenyataan itu juga menyebut, restoran berkenaan meminta maaf kepada seluruh masyarakat Islam yang berasa tersinggung dengan gambar wanita bertudung itu yang menjadi viral di internet.