TIPS

CARA BERKESAN HILANGKAN BINTIK HITAM DI MUKA DENGAN CEPAT DAN MUDAH

loading...
Cara Berkesan Hilangkan Bintik Hitam | Perasan tak di sekitar hidung kita dan tepi tepinya ada seperti bintik hitam dan putih yang melekat, Rasa kasar dan berduri.

Terpaksa kita tekan dan picit picit untuk keluarkan bintik bintik tersebut. Memang bukan mudah dan sakit bila picit.  Masalah bintik hitam dan putih ini di muka yang juga dikenali sebagai blackhead dan whitehead. Tetapi bagaimana ia terjadi dan macam mana cara nak menghilangkannya


Blackhead dan whitehead terjadi apabila permukaan liang rambut di muka tersumbat. Setiap folikel atau liang ini mengandungi kelenjar sebaceous yang menghasilkan minyak, iaitu sebum yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit kita.

Namun apabila sel kulit mati bersama minyak terkumpul dalam folikel, benjolan kecil akan terbentuk di panggil comedone. Jika comedone masih dibawah kulit ia adalah whitehead atau bintik putih.

Tapi jika benjolan menjadi semakin besar dan lapisan kulit diatasnya terbuka, ia mula menjadi hitam akibat terdedah kepada udara dan ini dipanggil blackhead atau bintik hitam.

Bintik hitam adalah proses pertama sebelum terjadinya jerawat. Jika dibiarkan kuman dan bakteria akan berkembang biak disitu.

Lama kelamaan ia akan merebak dan bernanah. Ditambah pula kulit kita yang sentiasa mengeluarkan minyak, keadaan akan semakin teruk jika tidak dirawat. Oleh itu sebelum terjadi jerawat yang mengjengkelkan, jom kita cari cara menghilangkan bintik hitam dan putih di  muka.

Cara Berkesan Hilangkan Bintik Hitam

1)  Tisu dan Putih Telur

Tips ini dikongsi oleh seorang rakan sebilik semasa saya belajar dahulu. Caranya sapukan putih telur ke tisu sampai basah dan lekatkan di hidung seperti memakai nose pore pack. Lakukannya waktu malam hari sebelum tidur dan biarkan ia mengering sehingga keesokan paginya. Apabila sudah kering dan melekat, tanggalkan tisu perlahan lahan dari hidung dan anda akan dapati blackhead dan whitehead melekat di tisu tadi. Memang puas hati bila dapat lihat hidung yang kembali bersih !

Selamat Mencuba cara ini, kalau Tuhan Izinkan Insha Allah Hilang Bintik-bintik hitam yang selalu menganggu muka anda.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close